5 Sebab Lelaki Biasa Lagi Best, Lagi Padu dan Lagi Memuaskan Dari Lelaki Kacak & Kaya!

Bab memilih jodoh ni kena hati-hati. Tak pasal-pasal dapat lelaki yang hampeh. Maklumlah, banyak kes penceraian sekarang ni.

Kalau ikutkan ramai wanita impikan lelaki yang kacak. Tapi, kacak tu bukan bertahan selamanya. Tak pun playboy. Kalau yang kaya pula, takut-takut nanti kaki perempuan.

Jadi, lelaki yang biasa-biasa ni antara yang paling terbaik untuk dijadikan suami atau kekasih. Nak tahu sebab apa? Kami beri 5 sebab munasabah!

1. Lelaki biasa tak cerewet

Memang senang bersama dengan orang. Tak cerewet macam orang kaya. Kalau orang kaya, pergi tempat biasa-biasa pun tak boleh takut jatuh standard. Kalau yang kacak pulak, tak main pergi tempat biasa-biasa, jatuh saham nanti.

2. Lelaki biasa ego tak tinggi

Lelaki biasa ni ego tak tinggi berbanding dengan lelaki kaya dan kacak. Semuanya kena ikut kemahuan mereka. Lebih parah, apabila mereka menguasai anda.

3. Lelaki biasa sedar siapa diri mereka

Lelaki biasa ni sedar siapa diri mereka. Dah la tak kaya dan tak kacak. Jadi, mereka tidak mengharapkan wanita yang cantik untuk dijadikan pasangan. Cukup sekadar yang biasa seperti mereka.

4. Lelaki biasa tidak curang

Asalkan sudah bahagia bersama anda, mereka akan tetap setia. Berbeza dengan lelaki kaya dan kacak yang sentiasa memandang wanita lain kerana kuasa yang mereka ada.

5. Lelaki biasa tidak akan khianati anda

Hidup sederhana dan rupa biasa, mereka tidak akan sesekali khianati anda. Lelaki kacak dan kaya pula, akan khianati cinta anda kerana wang dan paras rupa, mereka akan lakukan apa saja demi kepentingan diri.

Post a Comment

0 Comments