Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam...
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitik beratkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula "pakai bedal sahaja". Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap HARAM. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika CINTA dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka MENGURAT pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
~NAMUN BEGITU~
mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. MENGURAT dan BERCINTA seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya MUKADDIMAH KEPADA MELAHIRKAN ANAKL LUAR NIKAH atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini DILARANG DAN DIHARAMKAN dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali TERJERUMUS dalam PERKARA-PERKARA yang TIDAK BAIK. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh MENCETUSKAN KEGAIRAHAN SEKS yang seterusnya menyebabkan berlaku PERLANGGARAN HUKUM ALLAH S.W.T aitu PENZINAAN. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan MEMELIHARA AURAT kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, PANDUAN RASULULLAH PERLU DIIKUTI. Baginda melarang orang Islam supaya JANGAN MELAMPAU DAN SENTIASAMENUTUP AURAT.Malah baginda menyuruh mereka BERCINTA KERANA ALLAH iaitu MENCINTAI ORANG YANG DIKASIHI KERANA ALLAH S.W.T
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
SEDIKIT PESANAN DARI ADMIN: CINTA PERLU ADA MATLAMAT IAITU PERKAHWINAN...SEKIRANYA TIADA MATLAMAT...CINTA TERSEBUT AKAN BERLAKU KEMAKSIATAN DAN AKHIRNYA BERLAKU PENZINAAN DAN PEMBUANGAN BAYI...APABILA ANDA INGIN BERCINTA...ADAKAH ANDA AKAN MAMPU MENGAWAL PELBAGAI BENTUK ZINA SEBAGAI MANA HADITS NABI S.A.W:
Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,)
Dah tu, kalau tak boleh ngorat camne nak dapat pasangan?
sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan pasangan, antaranya MERISIK...itu sebab cinta perlu ada matlamat iaitu perkahwinan...
1.Boleh suruh parent carikan, sebab kalau parent carikan tentulah yang terbaik untuk anak dia. kalau setuju ngan latar belakang die, kawen la terus lagi pun Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya. tetapi tidak semestinya Bercinta selepas kahwin adalah pilihan ibubapa tetapi pilihan sendiri pun boleh juga tidak ada masaalah dalam hal ini semuanya atas kemahuan kita melawan nafsu...
2.kedua boleh suruh kawan risik2kan, sebab diorang mesti ade kenalan2. pastu kite selidik2 la latar belakang lelaki tu. kalau berkenan, mintak kawan tu tolong ejas2kan untuk berjumpe (bukan berdua2an ya), berkenal2an dan kawen.
3.kalau kite ade berkenan ngan seseorang tu, kite mintak orang tengah yang tanye2kan kat orang tu kerana jaga adab untuk orang perempuan sebagai seorang yang pemalu walaupun perempuan tu janda. kalau dah siasat latar belakang lelaki tu, aturkan pertemuan sambil ditemani mahram (saudara2 kandung). kalau suke, kawen la terus. tak suke, rejek baik2.dan lain2 cara lagi yang menepati hukum dan adab Islam.Jangan berpandukan peredaran zaman dan perbuatan masyarakat, sebab belum tentu yang masyarakat buat tu betul di sisi agama.
Sekiranya anda mampu mengawalnya anda adalah orang yang betul2 menjaga sifat keperibadian yg mulia...tetapi sekiranya x mampu...maka bercintalah selepas nikah...kerana itulah yg sebaik-baiknya kerana bila kita tidak mampu nak mengawal perasaan cintaitu...sudah semestinya kita akan terjebak dengan penzinaan...oleh itu tidak perlulah risau siapa jodoh kita...kerana itu adalah yang terbaik Allah s.w.t pilih untuk kita...sentiasalah bersangka baik kepadaNya...apabila kita sentiasa melakukan perbuatan yg baik dan tidak melakukan maksiat kepadaNya...inshaAllah...Allah s.w.t akan berikan yang terbaik buat hambaNya...berusaha...berdoa dan bertawakkal kepadaNya...ingat jodoh dan pertemuan itu adalah ditangan Allah s.w.t...
0 Comments