Sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi yang semakin canggih pada zaman ini, beberapa jenis pekerjaan juga telah hilang ditelan zaman, apabila khidmat pekerjaan ini sudah tidak diperlukan lagi.
Di sini, kami senaraikan 8 jenis pekerjaan yang sudah lenyap ditelan zaman:
1. Penyusun pin boling
Beberapa orang budak lelaki diupah untuk menyusun ten-pin di lorong boling, selepas para pelanggan membuat balingan. Cuba tengok sekarang, ada lagi tak pusat boling yang guna orang untuk susun pin tu, kalau ada memang betul-betul old skool la.
2. Jam penggera manusia
Pekerjaan ini telah wujud di England dan Ireland semasa Revolusi Industri sehingga tahun 1920-an. Dengan upah beberapa sen seminggu, jam manusia penggera akan mengejutkan pelanggan setiap pagi. Bagi pelanggan yang berada di tingkat atas mereka akan di kejutkan dengan mengetuk tingkap.
3. Pemotong ais
Pekerjaan ini agak ekstrem, pekerja perlu memotong ais di tasik yang membeku. Kiub yang terhasil telah dihantar kepada pelanggan dan digunakan untuk penyimpanan makanan.
4. Pengesan radar pesawat musuh
Sebelum penciptaan radar, perkhidmatan rahsia digunakan pantulan dan peranti akustik mendengar untuk mengesan bunyi enjin pesawat.
5. Penangkap tikus
Penangkap tikus untuk kawalan yang diamalkan di Eropah bagi mencegah penyebaran penyakit kepada manusia, yang paling terkenal pada ketika itu Wabak Hitam dan untuk mengelakkan kerosakan kepada bekalan makanan.
6. Tukang penyala lampu
Pada setiap malam di sekitar bandar pekerja akan menyalakan semua lampu dengan tangan, biasanya pada tiang panjang.
7. Pembawa kayu balak
Zaman dahulu belum lagi wujud lori balak untuk mengangkut kayu balak seperti sekarang. Jadi kayu balak yang berat itu akan di bawa melalui sungai ke tempat pemprosesan.
8. Operator switchboard
Kini banyak kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia telah digantikan dengan robot. Begitu juga dengan operator penyambung talian telefon ini, wayar berselirat ini pun sudah buat aku pening.
0 Comments