Elly Mazlien Kecik Hati Dengan Datuk Ramli MS, Tarik Diri Serta Merta Bukan Sebab Markahnya Rendah

SHAH ALAM: Musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza terus mencetuskan kontroversi apabila peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima, Elly Mazlein bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir, malam tadi.

Menjelaskan tindakannya berundur daripada GV3, Elly memberitahu, dia kecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya.

"Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri.

"Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,"katanya pada sidang media sejurus tamat konsert minggu keempat yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.

Terdahulu, ketika Elly diumumkan tidak mendapat lagu bagi konsert kelima sekaligus tersingkir daripada GV3, ramai peminat dan pengikut program realiti itu bagai tidak percaya dan mempersoalkan keputusan dibuat.

Elly dikatakan memaklumkan pihak produksi mengenai keputusannya berundur daripada GV3 di belakang pentas sebaik saja Ramli memberi ulasan terhadap persembahannya bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang.

Gagal mengawal emosi ketika diasak wartawan berhubung keputusannya itu, Elly memberitahu, dia bagaimanapun tidak mahu menuding jari terhadap Astro termasuk Ramli malah menyifatkan insiden berkenaan sebagai dugaan buatnya. "Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini. Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku," katanya.

Sementara itu, pada sidang media berasingan, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal menjelaskan timbul kekeliruan mengenai dakwaan kononnya tiada proses penyingkiran peserta pada minggu ini. Sambil merujuk kepada status Instagram yang dimuat naik pengacara GV3, Jihan Muse yang mendakwa Elly menarik diri selain tiada penyingkiran yang berlaku, Emarina menjelaskan, perkara itu tidak benar dan ia hanya pandangan peribadi pengacara terbabit.

"Berdasarkan format sebelum ini, minggu duet memang ada penyingkiran. Elly tersingkir kerana mendapat markah terendah iaitu 74.4 iaitu 0.2 kurang berbanding Sarah yang mendapat 74.6," katanya.

KRTIKAN DATUK RAMLI MS

 Saya masuk Gegar vanganza untuk sara anak dan bapa. Saya kecik hati dengan komen datuk ramli. Katanya tengok sahaja jika ada belas kasihan astro 

VIDEO ELLY MAZLIEN MENANGIS
Minggu ke 4 Gegar Vaganza yang berlangsung semalam penuh dengan drama. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tiada penyingkiran pada konsert semalam.
Ia disahkan sendiri oleh hos Jihan Muse.
Malah, wajah juri dan pengacara Gegar Vaganza 3 kelihatan terkejut apabila Elly diumumkan tersingkir.
Menurut Dato Seri Vida menerusi akaun Instagramnya, Elly membuat keputusan untuk menarik diri selepas terasa hati dengan komen Datuk Ramli MS terhadap dirinya. Elly tidak mendapat markah rendah pada malam tersebut.
Ayat yang membuatkan Elly terasa :-

Tengoklah belas ehsan kami (juri) nanti macam mana.
Berikut adalah temu bual Dato Seri Vida bersama Elly mengenai isu hangat ini :Netizen juga tidak berpuas hati dengan perkara ini dan meminta pihak Astro untuk menyerap masuk Elly semula didalam Gegar Vaganza 3.
Datuk Ramli MS juga turut menerima kecaman daripada netizen kerana menganggap komen beliau itu agak “pedas” dan menjatuhkan maruah Elly.
Mungkin Datuk Ramli MS tidak bermaksud untuk memberikan komen “kejam” . Apa pula pendapat anda? Patutkah Elly menarik diri?

Sumber

Post a Comment

0 Comments