Kritik Elly Mazlein patut terkeluar kerana buat drama, Elly tampil cantas kritikan Ogy

Semakin panas nampaknya mengenai isu Elly Mazlein tarik diri. Kalau sebelum ini komen Datuk Ramli MS mencetuskan kemarahan netizen, kali ini pelakon Ogy Ahmad Daud turut terkena tempias yang sama apabila beliau lantang mengkritik Elly.
Ogy dalam satu kenyataan di akaun Instagramnya merasakan Elly memang patut terkeluar kerana beliau tidak memberikan persembahan terbaik tetapi hanya berdrama di atas pentas.

Netizen yang tidak berpuas hati bertindak untuk menyerang Ogy menerusi ruangan komen di akaun Instagram beliau.

Pelbagai pendapat yang diluahkan oleh netizen. Ada yang beranggapan komen Ogy itu terlalu pedas . Mereka juga mempertikaikan bakat Ogy dalam bidang nyanyian.

Berikut antara komen-komen netizen :-
Fuh! Marah betul penyokong-penyokong Kak Lina kita. Relaks korang

Sumber: Beautifulnara

Post a Comment

0 Comments