'Saya Merayu Pada Semua, Tolong Viralkan Gambar Anak Saya Yang Hilang Ini' - Siti Rohayu

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah bapanya di Cheras, sejak 31 Oktober lalu, lapor Harian Metro.

Ibunya, Siti Rohayu Yaacob, 37 berkata, anaknya, Noor Ayrill Aqasha, tinggal bersama dengan bekas suaminya di Cheras sejak tiga bulan yang lalu.

"Saya hanya tahu berita kehilangan dia semalam selepas dimaklumkan pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh bekas suami.

"Saya difahamkan, kali terakhir dia dilihat berada di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras pada Isnin lalu," katanya,

Difahamkan, sehingga kini, Siti Rohayu belum mendapat sebarang berita mengenai kehilangan anaknya itu.

"Dengan hati yang amat berat dan sedih, saya merayu dan memohon kepada sesiapa jua yang ada terjumpa, terlihat, ternampak anak saya ini, sila hubungi saya di talian 018-7794879.

"Mohon jasa baik semua sahabat untuk viralkan gambar anak saya berserta keterangan ini. Di mana jua dia berada saya doakan semoga dalam lindungan Allah sentiasa. Mohon sangat-sangat kerjasama semua. Andai tidak dapat membantu, cukuplah mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan agar dia kembali ke pangkuan kami segera," katanya di laman Facebook. - The Reporter

Post a Comment

0 Comments