13 Foto Ngeri 5 Minit Selepas Kemalangan Ngeri 'Remaja Basikal' Yang Tidak Didedahkan Sebelum Ini

JOHOR BAHRU: TUJUH orang kanak-kanak yang dibiarkan berbasikal selepas lewat tengah malam tadi di sekitar bandar Johor Bahru dikatakan maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan yang didakwa dipandu seorang wanita.

Kejadian didakwa berlaku berhampiran stesen minyak Petronas bersebelahan dengan Kawasan Perkuburan Mahmoodiah, Johor Baharu.

Gambar dan video rakaman kejadian kanak-kanak penunggang basikal tersebut tersebar di media sosial apabila ia mula dikongsikan oleh netizen melalui pelbagai group di facebook.

"Al Fatihah, berlaku kemalangan berhampiran Petronas dekat perkuburan Mahmoodiah, perempuan langgar budak-budak main basikal. Aku sempat kira ada 7 orang budak lelaki yang mati ya Allah tak sampai hati nak tengok, ada yang tengah nazak, baru berlaku dalam 15 minit lepas," dakwa Mohd Akim yang berada di tempat kejadian.

Rata-rata orang ramai memberikan reaksi spontan menyalahkan ibu bapa kumpulan kanak-kanak terbabit kerana membiarkan anak-anak mereka berkeliaran bermain basikal di bandar selepas lewat tengah malam.

"Kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang kerap main basikal di waktu malam dan masih belum ada khabar berita mengenai anak anda sejak malam tadi, sila pergi ke balai polis berdekatan atau pun Hospital Sultanah Aminah," tulis seorang lagi pengguna facebook.

Update: Lapan Maut Empat Lagi Parah

03:30 18/02/17 — Laporan awal kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam menghala ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

Sebuah kereta jenis Nissan Almera dipandu seorang wanita, datang dari arah Petronas Lingkaran Dalam merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang berada di bahu jalan.

Enam orang maut di tempat kejadian manakala 6 orang lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan 2 remaja telah meninggal dunia semasa dikejarkan ke Hospital dan 4 lagi cedera parah.

Kesemua mangsa yang maut telah dihantar ke Bilik Mayat (HSA) untuk bedah siasat. Manakala wanita tersebut telah ditahan oleh Pihak Polis untuk soal siasat.

Update: Kumpulan remaja tersebut dilaporkan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta ketika sedang berlumba.- milosuam.net

Post a Comment

1 Comments

  1. salam..
    saya kt sini sedih dengan apa yg terjadi, dan takziah kepada ahli keluarga arwah..
    dan paling mnyedihkan bila sy tgk coment2 di facebook yang mana komen2 yg bermenteliti melayu yg komen mngatakan salah mak bapak la, salah budak2 keluar mlm la,dan mengatakan pengaruh abang2 la.. okayy..semua perkara ad positif dan negatif nya, sy pun masa zaman kanak2 pernah berada dalam zaman main berbasikal..
    sebagai mak bapak, kau kena tau minat anak2 kau..
    sebagai budak2 kau kna ambik iktibar
    sebagai abang2 kau kna ambik berat adik beradik..
    dorang ni pun budak2(korang masa zaman budak2, mak bapak ko tak bg main pasir, kau tetap nk main pasir jugak, so kesimpulan dia tu mmg dah jd azali budak2 bila marah lg nk buat) just minat budk2 tu mcmtu.. minat orang ni masing2(kau xboleh sama kn minat orang dgn minat kau) dan cara seseorg pun berlainan.. cuma bg sy ajal maut tu punca kematian jaa, yg menemui ilahi tetap akan pergi..yg berada kt dunia ni kita tak tau pun kematian kita kt mana, cuma ambil iktibar jaa,jadikan sempadan.. cuma ap yg kita buat klau nk seronok tu boleh, tp jgn smpai tak ingt diri.. atleast arwah2 ni prg, masa dia singkat kt dunia, walaupun fammily dia sedih, tp lepas dah dia smpai ke sana.. kita yg mnusia ni yg bermacam2 pendapat, komen macam2 ni.. sbnrnya kita tak tau pun besar mna dosa pahala kita, dan kt mana kubur kita.. wallahualam.. asalamualaikum
    #akucumaberpendapat
    #akusedihdengankomen2dekatfacebook
    #mentalitikita
    #yangkomenkautakpernahadapunzamanbasikal



    ReplyDelete