Jika anda ke Lumut, perhatikan di sebelah kiri jalan yang ada apartment di atas bukit yang ada di laluan tersebut. Anda akan nampak dengan jelas rumah papan lama di atas tanah lapang yang usang dan ditinggalkan. Sehingga ke hari ini, masih tiada laporan rasmi berkenaan dengan kenapa rumah lama tersebut tidak dirobohkan, namun penduduk setempat memberitahu bahawa rumah tersebut berpuaka dan sukar untuk dirobohkan kerana ada gangguan.
Rumah lama yang ditinggalkan ini dahulunya tidak diketahui lansung kewujudannya kerana ia dikelilingi dengan hutan banat. Kawasan hutan disitu diteroka oleh pihak pemaju untuk tujuan pembangunan di kawasan tersebut, maka setelah dibersihkan kawasan tersebut kelihatanlah rumah usang lama yang kelihatan agak menyeramkan. Sedangkan penduduk di kawasan setempat pun tidak tahu akan kewujudan rumah itu. Entah milik siapalah rumah yang telah lama ditinggalkan itu.
Kawasan tersebut menjadi lapang setelah diteroka dan rumah tersebut dibiarkan kekal disitu kerana ada yang menyatakan bahawa rumah ini sukar untuk dirobohkan kerana ada gangguan makhluk halus di dalam rumah tersebut. Enjin backhoe yang ditugaskan untuk meruntuhkan rumah tersebut dikatakan mati dengan sendirinya secara tiba-tiba walaupun dalam keadaan baik. Ada juga pengakuan yang katakan ternampak entiti puntianak di kawasan rumah tersebut.
Tanaman kelapa sawit telah dijalankan di kawasan tersebut dan rumah itu masih lagi ditinggalkan disitu sehingga ke hari ini. Walaubagaimana pun, kisah rumah ini masih kekal sebagai misteri kerana ianya telah lama ditinggalkan. Marilah kita sentiasa ingat bahawa syaitan itu adalah musuh yang jelas nyata. Dunia ini adalah medan pertempuran buat semua manusia diatas janji Allah terhadap syaitan. Ada sesiapa pembaca disini merupakan penduduk di kawasan tersebut? Bolehlah anda komen dan kongsikan cerita dan pengalaman yang pernah anda dengar.
Foto-Foto Selanjutnya Boleh Dirujuk Di SINI
SUMBER
0 Comments