Zamani Tersingkir. Ini Yang Berlaku Dibelakang Pentas Beberapa Minit Sebelum Persembahan Yang Buatkan Kami Sebak

Konsert Gegar Vaganza Minggu ke lima ini menyaksi penyanyi terkenal Zamani tidak dapat menyanyi di pentas kerana tiada suara.

Zamani ditugaskan untuk membawa lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal Flybaits.

Sewaktu Zamani membuka mulut untuk menyanyikan baris pertama lagu, kelihatan penyanyi itu sukar untuk mengeluarkan suaranya.
Penonton di dewan terkejut dengan situasi yang berlaku tetapi mereka turut sama membantu menyanyikan lagu itu. Zamani terdiam dan hanya merenung lantai pentas.

Juri tetap Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan, AC Mizal turut bangun dan sama-sama menyanyi untuk Zamani.
Setelah selesai membuat tempatan, ketiga-tiga juri memberi komen-komen mereka. Antara kata-kata Datuk Khatijah Ibrahim dan AC Mizal, Zamani tetap Zamani, walau pun tak boleh menyanyi tetapi orang tetap suka.

Datuk Ramli MS pula meminta Zamani menyanyi rangkap pertama dengan kod yang rendah. Zamani tetap mencuba untuk keluarkan suara tetapi masih tidak boleh menyanyi dengan baik.

Menurut Datuk Ramli MS suara Zamani telah terkoyak teruk dan meminta untuk mengadakan perbincangan dengan pihak produksi tentang status Zamani dalam program berkenaan kelak.
Zamani kelihatan sebak dan mengalirkan air mata. Penonton di dewan juga turut sebak menonton apa yang berlaku di atas pentas. Walau pun mempunyai masalah kesihatan, Zamani tetap berani naik ke pentas.
Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut memberi semangat kepada Zamani. Mereka berada di belakang Zamani untuk memberi sokongan. Nabil kelihatan beberapa kali memegang bahu dan mengusap belakang Zamani.
Penaja utama Gegar Vaganza, Datuk Aliff Syukri mengutarakan pendapatnya supaya gegar vaganza tidak menyingkirkan penyanyi berbakat besar seperti Zamani.
Kita doakan supaya Zamani cepat sihat dan boleh teruskan menyanyi seperti biasa. Apa-apa pun kita tunggu akhir konsert nanti, adakah pihak Gegar Vaganza akan terus mengekalkan Zamani atau pun tidak.

Untuk tonton video Zamani, boleh tonton video di bawah :
<br>
Kepada semua yang berada di dewan, anda memang sporting support Zamani. Kepada Zamani, jangan putus asa, teruskan berjuang dalam bidang seni. Anda memang seorang LEJEN !!

Update terkini setelah konsert berakhir :

Di akhir konsert, pihak Gegar Vaganza mengumumkan tiada lagu untuk Zamani. Datuk Aliff Syukri naik ke pentas dan memberitahu seperti yang tertulis dalam kontrak, dia diberi keistimewaan untuk memberi imuniti.

Alhamdulillah, akhirnya Zamani dikekalkan untuk terus berjuang di pentas Gegar Vaganza pada minggu hadapan. Sama-sama kita doakan kesihatan dan kejayaan Zamani.

Terima Kasih Datuk Aliff Syukri menggunakan satu-satunya imuniti untuk Zamani. We love you, Datuk Aliff.

Silakan SHARE..

Kredit : Astro Gempak dan Beritakopak.com

Post a Comment

0 Comments