Kes penderaan arwah Zulfarhan sememangnya menjadi bualan netizen. Kes tersebut mendapat kesan yang mendalam dan netizen seperti berbeza pendapat dalam kes ini. Ada segelintir netizen membela penuntut-penuntut yang terlibat terutama 13 penuntut yang bebas. Manakala majoriti netizen menghentam kesemua mereka yang terlibat.
Baru-baru ini, salah seorang penuntut yang bebas Muhammad Aiman Aufa memuat status luahan hati di laman IG miliknya. Bagi rakan-rakan Muhammad Aiman, mereka memuji keberaniannya yang dianggap kalau tak salah buat apa nak takut.
Mungkin kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku buat 13 penuntut ini. Mereka ini mungkin akan dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan arwah Zulfarhan. Mari kita baca luahan hati dari salah seorang daripada 12 penuntut yang bebas ini.
Alhamdulillah,
Dibalik kegelapan dunia,
Terlihat sinar cahaya,
Dibalik kesusahan dunia,
Kesenangan akhirat menantimu,
Takkala org mencemuhmu,
Disitu jati dirimu terbina kukuh,
Jatuh sekali tidak bermakna jatuh selamanya,
Menyulur merangkak berjalan berlari hingga kau mencapai apa yg orang katakan mustahil,
Tutup buku lama buka buku baru,
Buang yg keruh ambil yg jernih,
Dugaan ini salah satu warna warni kehidupan,
Tanpanya hidup kau ibarat hanya seperti kain putih tanpa corak,
Cabaran dilalui dengan tenang In sha Allah, Allah bersama dgn hambaNya yg benar,
Takut kerana salah berani kerana benar,
Banykkn berdoa,
Hanya padaNya kita memohon pertolongan, kebenaran pasti ditegakkn..Allahhuakhbar!..
Al-Fatihah buat arwah Muhammad Zulfarhan Osman bin Zulkarnain,moga arwah ditempatkn dikalangan org2 beriman. Aminnn
Sumber: IG Aiman Aufa
0 Comments