Peminat Jelaskan Kenapa Aliff Syukri Ditipu 6 Orang Berjumlah Lebih RM100K. Mungkin Ramai Yang Perasan Point Ni.

Pembantu Rumah Mencuri Lagi - Aliff Syukri Kena Songlap RM100,000

Masih belum reda lagi isu pembantu rumah yang mencuri beberapa hari lalu, jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri kini berdepan 'masalah' baru.

Aliff yang terkenal dengan nama Abang Terlajak Laris ini sekali lagi mengamuk apabila insiden yang sama berulang, tetapi kali ini melibatkan beberapa orang pembantu rumah yang lain.

Aliff mendedahkan kegiatan dan aktiviti keji yang dilakukan oleh pembantu rumahnya menerusi beberapa sesi Facebook Live (FB Live) menerusi laman Facebook miliknya.

"Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak di hantar polis. Saya termakan rayu atas dasar balas kesian sesama manusia..

"Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki, suami beliau sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang dan jam dan cincin saya bernilai RM100k saya tidak percaya sudah pada bibik yang gaya bak malaikat dan saya tekad melaporkan pada polis walapun saya tidak sampai hati dan menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar disini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya.

"Handphone saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon manager saya di profile jika ada sebarang urusan yang serius," tulis Aliff di salah sebuah entri FB Live yang dimuat naik olehnya.

Rentetan kes kecurian tersebut, Aliff membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: FB Aliff Syukri Terlajak Laris

Dah cekup tiga, buru tiga lagi

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam mengesahkan tiga ditahan berhubung kejadian curi barang kemas dan wang tunai Datuk Aliff Syukri. - Foto NABIHAH KAMAL

POLIS semalam, menahan tiga orang, termasuk bekas pekerja dan pembantu rumah Pengarah Urusan D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, kerana dipercayai mencuri wang tunai dan barang kemas bernilai RM100,000.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam berkata, suspek ditahan mangsa membuat laporan polis sebaik menjumpai penyata bank pada 4 petang semalam.

"Mangsa menjumpai penyata deposit wang di rumahnya di Kampung Damai Kuang. Semakan mendapati wang itu didepositkan isteri bekas pekerjanya ke Indonesia dipercayai menggunakan wang yang diserahkan pembantu rumah mangsa.

"Bagaimanapun, suspek yang juga pembantu rumah mangsa tidak mengaku dan memberi jawapan meragukan sebelum mangsa membuat laporan polis," katanya.

Rabu lalu, tular video pembantu rumah memohon maaf kepada jutawan kosmetik itu selepas 'kantoi' mencuri wang, pakaian dan barang kemas milik Aliff Syukri dan isterinya.

Menurut Somu, susulan laporan polis yang dibuat Aliff semalam, polis menahan tiga suspek termasuk dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 24 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati empat pembantu rumah terbabit dalam kes ini. Justeru, tiga suspek yang ditahan adalah pembantu rumah, bekas pekerja dan isterinya.

“Siasatan masih dijalankan untuk menahan tiga lagi suspek yang masih bebas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tiga suspek direman empat hari sehingga 22 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

0 Comments